Pengenalan Masjid Saidina Othman Ibnu Affan R.A.
PROFAIL MASJID
Nama Masjid : Masjid Saidina Othman Ibnu Affan
Alamat lengkap : Jalan Budiman, Bandar Tun Razak, Cheras, 56000 Kuala Lumpur
No. Tel : 03-91719195
No. Faks: 03-91719195
SEJARAH RINGKAS
Masjid Saidina Othman Ibnu Affan telah mula dibina pada tahun 1984 dan siap dibina sepenuhnya pada tahun 1987. Masjid ini dibina adalah untuk menggantikan Surau Jumaat Hidayatul Islamiah yang mempunyai ruang solat terhad serta tidak mampu untuk menampung jumlah jemaah yang hadir untuk solat berjemaah terutamanya ketika Solat Fardhu Jumaat dan Solat Sunat Hari Raya. Maka atas dasar keperluan itulah Masjid Saidina Othman Ibnu Affan ini dibina. Majoriti penduduk di kawasan kariah Masjid ialah kaum Melayu dan selebihnya adalah dari kaum Cina dan India.
Mula beroperasi pada bulan Oktober 1987 dan kini telah berusia lebih 22 tahun dan telah dirasmikan pada 31 Mei 1988 oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung Al-Mutawakklil A’la allah Sultan Iskandar Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Ismail
Terletak di Jalan Budiman Bandar Tun Razak Kuala Lumpur di tapak tanah milik Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan sejumlah hampir RM 4.5 juta telah diperuntukkan untuk membina Masjid ini. Manakala segala kos operasi dan pengurusan Masjid dibiayai dari sumbangan para jemaah melalui tabung kutipan setiap Jumaat dan melalui kutipan Peti Besi Sumbangan yang diletakkan di kiri dan kanan pintu masuk ke Masjid. Selain itu pihak MAIWP serta JAWI juga turut menyalurkan sumbangan setiap tahun kepada Masjid ini.
Masjid ini diletakkan di bawah pentadbiran Pejabat Pusat Zon 5, Bahagian Pengurusan Kariah, JAWI. Pentadbiran Masjid pula diketuai oleh Pegawai Hal Ehwal Islam S41, dan 2 orangPembantu Hal Ehwal Islam S17 sebagai pegawai lantikan tetap kerajaan. Disamping itu pentadbiran Masjid juga turut dibantu oleh 11 orang Ahli Jawatankuasa Kariah Masjid.

Masjid ini mempunyai kemudahan frasarana seperti berikut :
- Dewan solat serta kawasan serambi yang luas sehingga boleh menampung seramai 3,500 jemaah.
- Pejabat Pentadbiran Masjid untuk urusan yang berkaitan hal ehwal anak kariah serta masyarakat setempat.
- Ruang dapur untuk urusan sajian.
- Dewan makan Masjid.
- Tapak pengurusan Qurban/Aqiqah.
- Bilik Pengurusan Jenazah yang lengkap.
- Dewan Syarahan yang berhawa dingin boleh menampung seramai 300 orang peserta kursus/seminar. Dewan ini juga digunakan untuk Majlis Kebesaran Islam,majlis-majlis keraian seperti kenduri kahwin, doa selamat dan lain-lain.
- Kawasan tempat letak kereta yang luas.
- Bilik mesyuarat.
- Van Masjid untuk urusan penghantaran jenazah dan urusan logistik.
- Kuarters Pegawai-pegawai masjid.
- Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
- Sekolah Rendah Agama Othmaniah.(diurus sendiri oleh pihak pentadbiran sekolah di bawah kelolaan Bahagian Pelajaran JAWI)
- Tadika Othmaniah ( Pengurusan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan)
Disediakan oleh :
HASSIM BIN AB GANI AL-HAFIZ (Ketua Imam Masjid saidina Othman)