Thursday, May 5, 2011

MAKLUMAN

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak masjid mendapat surat cadangan daripada salah seorang jemaah meminta supaya diadakan Tazkirah sebelum solat Jumaat. Di sini kami ingin memberi respon terhadap perkara tersebut seperti berikut :
1. Mesyuarat AJK Masjid yang diadakan pada tahun 2010 yang lalu bersetuju bahawa tazkirah sebelum Jumaat ditiadakan/ ditangguhkan.
2. Pada waktu tersebut ada juga jemaah yang ingin membaca al-Quran, solat, berzikir dan melakukan ibadat lain.

Namun begitu kami cuba panjangkan sekali lagi perkara ini dalam mesyuarat akan datang untuk melihat pro dan kontra di kalangan AJK Masjid.

SEMOGA ALLAH MEMBERKATI DAN MEMAKMURKAN MASJID KITA.
 AMIN YA RABB A'LAMIN.

Monday, April 25, 2011

SEKALUNG TAHNIAH

TUAN HAJI OTHMAN MUSTAPHA TIMBALAN PENGERUSI MASJID SAIDINA OTHMAN IBN AFFAN DILANTIK SECARA RASMI SEBAGAI KETUA PENGARAH JAKIM PADA 25 APRIL 2011.